myblog_lianaahmad
food lover, love travelling
Thursday, 17 September 2015
myblog_lianaahmad: Resepi Teh O Ais LImau LAici
myblog_lianaahmad: Resepi Teh O Ais LImau LAici: Assalamualaiku hai korang pernah cuba teh o ais tak?. Mesti pernah kan?. Ok pernah cuba teh o ais limau?,mesti pernah jugak kan?. Macammana...
Sunday, 28 June 2015
Resepi Teh O Ais LImau LAici
Assalamualaiku hai korang pernah cuba teh o ais tak?. Mesti pernah kan?. Ok pernah cuba teh o ais limau?,mesti pernah jugak kan?. Macammana pulak dengan TEH O AIS LIMAU LAICI?. mesti ada yang pernah cuba cuma tak ramai kan?.. Kalau nak tau minuman ni is one of my favorites drink, sebab complete dgn rasa masam, manis dia and yang penting bila minum rasa segar je.
So let me introduce you with the simple resepi TEH O AIS LIMAU LAICI
Bahan bahan
1)Air teh
2) Limau
3) Laici
Cara cara
# mix je semua bahan di atas and letak ais batu fuhhh bila minum segelas sure tak cukup punye. Cuba la sedap baq ang xoxo
Tuesday, 23 June 2015
resepi siakap stim limau
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, okeh macam biasa la bila ramadan je mesti terpikir pikir nak buat juadah apa untuk berbukakan. Sama la macam saya, sampai kadang tu dah tak tau nak masak apa. Berbuka semalam tanya la PN. ZAinab aka mak saya nak masak apa untuk berbuka nanti, and request this SIAKAP STIM LIMAU. Okeh now aku nak kongsikan resepi mudah cepat dan lazat.. Favorite keluarga ni
Siakap stim limau LIANA AHMAD
Bahan- bahan
1) Ikan siakap 1 ekor (lumurkan garam)
2) Tomato 1 biji
3) Serai 1 batang
4) lobak merah 1 batang ( diketuk)
5) daun limau purut
6) daun sup
7) cili (seberapa anda suka)
8) 3 biji limau ( diperah dan diambil airnya)
9) halia, bawang merah 1 biji, bawang putih 1 biji
10) sos tiram
11) garam/penambah perisa
Cara-caranya
1) masukkan ikan siakap ke dalam kuali+air+halia+bawang putih+sos tiram ( terpulang nak banyak kuah, banyakkanlah airnya n vise versa)
2) tutup kuali dengan tudung periuk dan biarkan mendidih lebih kurang 3 minit
3) kemudian masukkan semua bahan lain-lain, plus bahan perisa/garam dan biarkan masak diatas api selama 5 min
4) dah agak masak tutup api kemudian ambil air perahan limau Dan daun sup ke atas ikan
5) siap so boleh lah sendukkan ke dalam pinggan dan tadaaa siappp
Sebenarnya tak tau la masakan ni dipanggil masak stim or masak asam sebabnya aku tak gunakan cara stim pun. Just masuk dalam kuali letak bahan masuk air tutup then masak.. Tp rasanya still sama macam kaedah stim so i named it as SIAKAP STIM la 😊 and untuk kuahnya lak kenapa banjir cenggitu, sebabnya aku include family aku sekali lah memang suka kuahnya yang masam masam manis tu sedap, itulah sebabnya aku lebihkan kuahnya
So okehlah seperti biasa selamat mencuba resepi campak campak lianaahmad xoxo
Sunday, 21 June 2015
Resepi ayam goreng berlada
Assalamualaiku semua, hari ni buzy sangat mana taknya lepas sahur balik kampung (bunyi macam kampung tu jauh sangat, padahal still dalam kedah) sampai dalam pukul 7.. Sampai je jengah pokok durian sbb memang niat nak pungut durian pun hehehe 😁 ni lah satu satunya pokok durian mak tapi alhamdulillah walaupun sebatang pokok je buahnya boleh tahan banyak jugak la..
| Ni haa pokok durio zebatinus tinggi ya amat |
![]() |
| Hasil tangkapan arini |
Okeh done cerita pasal diari aku untuk sepagi 4 ramadan ni, now it the time share resepi bukak puasa tadik, hari ni pun menu main campak campak je, simple and yang penting makan nasi berpinggan tak pandang sebelah dah, mana taknye ade my favorite ikan pekasam kena lak dengan nasi panas. Pehhh terangkat habaq ang. Tapi resepi ikan pekasam tu takde la aku nak share sebab aku pun beli ready made je, tinggal bawak balik n goreng je 😁
So ni menu untuk 4 ramadan kami sekeluarga (budget ramai sngat la sekeluarga tu, padahal aku dengan mak je ada kat umah ni pun), ikan pekasam goreng, ayam goreng berlada, acar timun dan air asam
Ayam masak berlada Liana ahmad
1) Ayam 4 ketul (aku dengan mak je)
2) Cili padi+bawang besar 1 biji dikisar kasar (cili padi tu ikot korang la kalau suka pedas
Letak bebanyak kalau tak suka pepandai la ye)
3) Tomato 1 biji
4) Kacang buncis 5 batang
5) Asam keping 1
6) Daun limau purut 2 helai
7) Halia dihiris nipis
8) Serai 1 batang (diketuk)
9) Bawang dipotong bulat (as decoration)
Cara- cara
1) lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam seketika then gorengkan sehingga garing (setengah orang suka goreng separuh masak tapi aku lebih prefer garing so terpulang pada citarasa masin- masing la ye) kemudian ketepikan ayam tu kejab duduk elok2 jgn terbang lak ye
2) kemudian ambil lebih kurang 6-8 sudu minyak gorengan ayam tadik dan tumis bahan yang dikisar berserta serai yang diketuk, asam keping dan halia sehingga naik minyak
3) masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata, kemudian masukkan kacang buncis, daun limau purut dan tomato gaul rata.
| Done so bolehnla letak bawang yang dipotong bulat sebagai hiasan |
Selamat mencuba xoxo😉
Saturday, 20 June 2015
Resepi Tomyam Campur
Alhamdulillah hari ni dah nak masuk 4 ramadan, semoga ramadan tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Sempena bulan ramadan ni nak share la resepi yang pada aku lepas tekak aku, so bukak tadi aku just masak simple je tomyam campur, kerang rebus, daging rebus dan air asam
So meh aku share resepi campak campak LIANAAHMAD
Tomyam campur
Bahan 1 (dikisar)
Bawang besar 2 ketul
Serai 1 batang
Halia 1 inci
Lengkuas 1 inci
Cili kering (5 tangkai)
Bahan 2
Daging/ayam/udang
Daun limau purut
Asam keping 1 keping
Lobak merah 1
Kobis bunga
Bawang holand 1 biji
Cili hijau diketuk
Serai 1 batang diketuk
Daun limau purut 3 helai
Cara cara
1) Tumiskan bahan 1 yang telah dikisar sehingga naik bau/garing
2) masukkan air (terpulag banyak mana kuah korang nak) selepas mendidih masukkan daging dan ayam, Serai, beserta asam keping
3) selepas dah agak empuk tu masukkan lobak merah, Bunga kobis, udang, cili yang diketuk, Serai dan daun limau purut
4) last sekali jgn lupa masukkan serbuk perasa/ garam
Okeh siap.. So bleh la sendukkan masuk dalam mangkuk dan apa lagi ngap la ye.. Selamat mencuba 😀😁😊
So meh aku share resepi campak campak LIANAAHMAD
Tomyam campur
Bahan 1 (dikisar)
Bawang besar 2 ketul
Serai 1 batang
Halia 1 inci
Lengkuas 1 inci
Cili kering (5 tangkai)
Bahan 2
Daging/ayam/udang
Daun limau purut
Asam keping 1 keping
Lobak merah 1
Kobis bunga
Bawang holand 1 biji
Cili hijau diketuk
Serai 1 batang diketuk
Daun limau purut 3 helai
Cara cara
1) Tumiskan bahan 1 yang telah dikisar sehingga naik bau/garing
2) masukkan air (terpulag banyak mana kuah korang nak) selepas mendidih masukkan daging dan ayam, Serai, beserta asam keping
3) selepas dah agak empuk tu masukkan lobak merah, Bunga kobis, udang, cili yang diketuk, Serai dan daun limau purut
4) last sekali jgn lupa masukkan serbuk perasa/ garam
Okeh siap.. So bleh la sendukkan masuk dalam mangkuk dan apa lagi ngap la ye.. Selamat mencuba 😀😁😊
Subscribe to:
Comments (Atom)



