Alhamdulillah hari ni dah nak masuk 4 ramadan, semoga ramadan tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Sempena bulan ramadan ni nak share la resepi yang pada aku lepas tekak aku, so bukak tadi aku just masak simple je tomyam campur, kerang rebus, daging rebus dan air asam
So meh aku share resepi campak campak LIANAAHMAD
Tomyam campur
Bahan 1 (dikisar)
Bawang besar 2 ketul
Serai 1 batang
Halia 1 inci
Lengkuas 1 inci
Cili kering (5 tangkai)
Bahan 2
Daging/ayam/udang
Daun limau purut
Asam keping 1 keping
Lobak merah 1
Kobis bunga
Bawang holand 1 biji
Cili hijau diketuk
Serai 1 batang diketuk
Daun limau purut 3 helai
Cara cara
1) Tumiskan bahan 1 yang telah dikisar sehingga naik bau/garing
2) masukkan air (terpulag banyak mana kuah korang nak) selepas mendidih masukkan daging dan ayam, Serai, beserta asam keping
3) selepas dah agak empuk tu masukkan lobak merah, Bunga kobis, udang, cili yang diketuk, Serai dan daun limau purut
4) last sekali jgn lupa masukkan serbuk perasa/ garam
Okeh siap.. So bleh la sendukkan masuk dalam mangkuk dan apa lagi ngap la ye.. Selamat mencuba ๐๐๐

No comments:
Post a Comment